Coretan Minda..Nukilan Rasa..

August 4, 2008

Salam Pertemuan..

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Alhamdulillah kali ini kita bertemu lagi dalam ruangan blog baru kelolaan saya secara peribadi.. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pandangan, idea atau perkara2 yang boleh dibincang untuk kemajuan kita bersama.. :) Minat yang mendalam terhadap dunia blog telah membakar semangat saya untuk melahirkan satu lagi blog dengan Coretan Minda.. :)

Saya juga mempunyai blog.com sendiri tetapi tidak meneruskan kerana terlalu sibuk sehingga tidak sedar tarikhnya sudah tamat.. Ada perancangan untuk membangunkan blog.com sendiri tetapi masa tidak mengizinkan.. Justeru itu, saya menggunakan wordpress.com kerana ia lebih mudah untuk diuruskan.. Minat semakin menjadi kenyataan apabila kini blog yang hanya saya wujudkan dalam masa dua bulan lebih selepas saya berhenti kerja kini menarik purata 5 ribu orang sebulan..!! Dan pendapatan saya hanya dijana daripada rumah melalui depan laptop.. :)

Syukur alhamdulillah.. Berkat kesabaran saya mempelajari ilmu blog drpd SmartZul, buku Irfan Khairi dan SaifulSham, akhirnya membuahkan hasil.. Saya tak perlu nak menyewa kedai yang melibatkan ribuan ringgit serta membuang masa berjumpa pelanggan.. Kebanyakan pelanggan hanya melawati blog saya, melihat hasil kerja, bertanyakan sebutharga, membayar deposit dan hanya menunggu tempahan mereka sampai ke rumah.. Kecuali bagi mereka yang mengambil tempahan pakej hantaran.. Hehe :)

Insyaallah, saya akan terus menulis di ruangan ini untuk tatapan sahabat2 blog.. yang nak bertukar link pun boleh hubungi saya atau emel kepada hafiza81@yahoo.com

Salam bahagia;

Hafraz

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.