Kenapa saya nak highlight tajuk ini?? Sebab saya pernah tersalah langkah dalam melakukan promosi tanpa izin.. Saya tak perlu takut atau malu dengan kesilapan ini, kerana yang penting saya mendapat satu ilmu baru dalam bidang yang saya ceburi.. Di mana kesilapan saya?? Jadikan iktibar dan jangan ulangi kesilapan saya!!
Selama ini saya hanya membuat gubahan di rumah tanpa pendedahan internet.. Mengambil tempahan berdasarkan iklan flyers yang diedarkan.. Selepas, saya berhenti kerja, saya memberi tumpuan penuh sehinggalah saya mempunyai sedikit kemahiran untuk menghasilkan blog. Sedang asyik melayari internet, saya berminat dengan produk yang ditawarkan oleh CF, lalu menghantar emel pertanyaan untuk bertanyakan tentang harga dan bagaimana untuk menjadikan CF sebagai pembekal cenderahati perkahwinan..
Saya ada juga tengok beberapa website yg menggunakan gambar keluaran CF. Silap saya ialah saya menganggap pertanyaan yang hanya dibalas dengan pemberian harga sebagai greenlight untuk upload produk CF. Walaupun sememangnya hendak menempah dengan CF sekiranya terdapat tempahan.. Tapi tak mengapa, my fault n i admit it.. Saya menerima emel pengurusan CF dan teguran CF secara baik, dan saya mohon maaf secara baik dengan mengeluarkan gambar2 serta merta.. Kekhilafan yang kini membuatkan saya lebih jauh berfikir bahawa kesilapan yang saya lakukan boleh mengundang kekeliruan..
Ikhlasnya, saya mohon maaf secara terbuka kepada pihak CF di ruangan ini dengan harapan sambil berkongsi pengalaman.. Saya masih baru dalam dunia perniagaan internet.. Saya juga pernah menerima panggilan daripada somebody yang katanya wedding planner(wp). Pernah juga saya bertanya sekiranya dia mempunyai pembuat kek fondant memandangkan wp itu tak jauh dengan saya. Akhirnya saya diberi lambakan gambar dan diberi izin untuk diupload.. Setelah diperhatikan saya mendapati koleksi gambar2 itu adalah drp pembuat kek yang ternama di Batu Caves. Terus saya meminta kepastian dan tidak mahu lagi mengulangi kesilapan sama iaitu upload gambar tanpa kebenaran hitam putih..
Saya tidak berniat untuk mengambil jalan mudah. Walau apapun, apa yang dah berlaku sewajarnya dijadikan iktibar.. Kini saya lebih berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.. Bagi saya, tidak perlu ada rasa iri hati atau dendam, malu dsbnya kerana saya telah mengakui kesilapan secara baik. Pengalaman yang perlu untuk diperbaiki..
p/s: Sedangkan nabi ampunkan umatnya.. inikan pula manusia biasa..


