Dikenali sebagai Izzah, kini saya giat mengusahakan perniagaan melalui internet berkonsepkan gubahan hantaran, tempahan bunga dulang dan pahar berasaskan dip, stokin dan gim hanya dari rumah.. Berusia genap 26 tahun, saya kini telah lebih empat tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta.. Mempunyai Ijazah dalam Pengurusan Teknologi (Kejuruteraan Awam) sejak September 2003..
Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran sejak Ogos 2003 sehingga Disember 2007. Namun bermula tahun 2008, saya telah bertekad untuk berhenti dan menyambung minat dalam seni gubahan.. Mendapat pelbagai tawaran untuk meneruskan pelajaran, namun kesibukan dan minat mengatasi segala2nya.. Semoga apa yang dihajati akan diberkati dan dirahmatiNya..


